Monday 2 March 2015

Repair mesin basuh tak boleh ON - Samsung

Lokasi : Presint 18, Putrajaya
Masalah : Tak boleh ON

Dapat panggilan dari customer mengatakan mesin basuh tiada power. Selepas sampai di lokasi, periksa main plug dan wiring semua OK, tiada masalah.


Mesin basuh Samsung - 7kg
Selepas itu, periksa PCB board didapati masih baru. Untuk mendapatkan kepastian, saya membuat direct wiring dari main plug tetapi masih tiada power pada mesin basuh. Nampaknya confirm, PCB board ni dah rosak.

PCB board
Customer beritau baru tukar PCB board lebih kurang sebulan. Selepas ditanya, adakah water inlet valve ditukar sekali, customer beritau ia tidak ditukar. Nampaknya punca kerosakan datang dari water inlet valve.

Untuk pengetahuan pembaca, inilah penyakit mesin basuh Samsung. Jika hendak menukar PCB board, water inlet valve perlu ditukar sekali. Jika tidak, water inlet valve yang lama jika rosak akan membekalkan  arus elektrik yang lebih tinggi menyebabkan berlaku kerosakan kepada PCB board. Anda akan mengalami kerugian kerana terpaksa membeli PCB board yang baru. Harga PCB board baru agak mahal dalam lingkungan 200 ke 300.

Water inlet valve
 Kebiasaannya, model Samsung yang macam ni memang mengalami masalah yang sama. Untuk model Samsung yang lain agak kurang masalah seperti ni. Sekian untuk catitan hari ini.


213 comments:

  1. mesin basuh saya sebiji macam ni..baru kena hari ni dah 5-6 tahun pakai..tak boleh nak on..rasanya rosak board juga..dah cek yg lain semua ok lg..thanks info tuan..ntah la nak repair ke nak beli yg baru je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tuan dah guna 5-6 tahun tu kira dah berbaloi la untuk beli baru sebab harga board baru agak mahal.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.saya nak tanya.mesin basuh saya boleh tak boleh on.tekan2 pada board dia pon dia tak nak on.mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Mungkin wiring ada yang terputus atau PCB board rosak

      Delete
  4. dimana boleh saya beli PCB board model ini tuan? pohon bantuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dibeli di Samsung Service Centre di Damansara

      Delete
    2. boleh bg alamat lengkap tak?? Damansara terlalu umum

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. area kota tinggi, johor dimana boleh beli PCB nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, area Kota Tinggi saya tak pasti. Boleh refer di Website Samsung

      Delete
  7. assalam tuan.smlm mesin basuh saya mengalami kerosakan pada water inlet valve. slpas ditukar kpd yg baru air masih x boleh masuk. adakah pcb sy rosak? dan jika pcb rosak boleh ke dibaiki? .. model samsung.. tq tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika selepas ditukar baru air masih tak masuk, bermakna ada kerosakan pada PCB board. Jika kes macam ni agak susah untuk membaiki board. Perlu beli board baru

      Delete
  8. Tuan klo dlm mode rinse air x henti pd tahap high level tp klo medium ok...dlm keadaan wash air akn stop pd thap high level n mesin trus operasi..tp smpai je nk rinse air x nk stop dkt high level..apa masalahnya ya...Jenis samsung fully auto 7.5kg

    ReplyDelete
  9. Mesin basuh sy jenama sharp,ON boleh tp error kelip2 kt led.ape mslhnye ye?

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum...defrost termostat utk peti ais kalau rosak boleh ganti dengan mana2 jenis berlainan atau tak? contoh hitachi guna part samsung utk termostat tersebut.Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kalau bilangan wayar sama. ada brand 3 wayar sebab campur thermofuse sekali

      Delete
  11. assalamualaikum..sy bru tukar board Dan tukar sekali inlet valve DLM beberapa bln ..ari ni zboleh on power pun..kenapa ye

    ReplyDelete
  12. salam tuan, sy ada mesin singer 11kg dah pki 12 thn Alhamdulillah
    1st rosak xboleh spin..dah repair tukar something kat area drum..lps tukar tu dah elok

    sekarang lbh kurang lps 1 thn tukar brg tu
    mesin bsh sy xnak on lgsg
    cek pcb ada power tp still xleh on, so nk tny kt part mana lg sy boleh cek
    tq reply

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum. Tuan, mesin basuh saya tak spin selepas ada bau terbakar pada mesin semasa mencuci. Selepas ON semula, semua OK kecuali tak boleh spin. Mesin basuh jenis samsung 13kg. Berdasar pengalaman tuan, apa punca kerosakan dan anggaran kos baiki?

    ReplyDelete
  14. assamualaikum tuan..mesin basuh sy tak boleh drain..samsung 7.5kg..apa puncanya eh? and berapa kos nak repair?

    ReplyDelete
  15. Mesin basuh sy brand sharp...dh guna 7 tahun..tak boleh on power

    ReplyDelete
  16. As salam bos mesin basuh sye jenis samsung cmni..msalah dia air xberhenti mengalir..pstu lampu level air (middle) dgn blanket sentiase menyala

    ReplyDelete
  17. Slm.. Mesin basuh sy, button start tu tak bleh tekan.. Buttin lain masih function dgn elok.. Apa masalah agaknya?

    ReplyDelete
  18. Hi rosman,mesin basuh saya air tak boleh masuk.saya cuba check arus electric kat valve,bila on n set tiada current kat valve.pcb board rosak ker?

    ReplyDelete
  19. as salam.
    mesin basuh baru rosak.tak boleh ON.apa tindakan saya perlu lakukan..saya dah chcek asas spt fius OK.cuma tak berani nak bukak bahagian peralatan elktrik..ada cara nak tau ke,tmksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. kena check wiring takut ada putus atau pcb board yang problem

      Delete
  20. Salam encik,kenapa bila on suis mesin basuh..satu rumah trick eletrik(terpadam elektrik satu rumah)dah cuba semua suis..apa masalhnya?mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. kemungkinan coil motor dah rosak menyebabkan current leakage

      Delete
  21. salam tuan.. mesin basuh auto samsung 7.4kg rosak... saya da beli baru... ada no2 kontek utk saya nk tolak brg2 ni..?

    ReplyDelete
  22. salam...mcm ne nak beli pcb samsung...mesin basuh tk bleh start function lain ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. boleh order di samsung centre di Damansara

      Delete
  23. Salam...Mesin basuh samsung 7kg..ON PWR ok dan START setting ok...masaalahnya bila air sudah penuh mesin tak cut off...air mengalir terus...kenapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. kena check water level sensor, tubing atau board tu sendiri yang rosak

      Delete
    2. TSP AIRCOOL & MAINTANANCE
      technican dalam masalah electrik n electronik
      aircond repair install service.plumbing wiring mesin basuh peti ais chiller...

      bole whatsaap@call 0182760216
      YOUR PROBLEM IS OUR PROBLEM

      Delete
  24. Assalam..mesin basuh sy jenis panasonic..sy chek current ada..sy chek pada suis jg ada..tp bila sy on arus pd suis xde n tiada paparan pada controller..apa masalahnya?harap membantu..

    ReplyDelete
  25. Assalam..mesin basuh sy jenis panasonic..sy chek current ada..sy chek pada suis jg ada..tp bila sy on arus pd suis xde n tiada paparan pada controller..apa masalahnya?harap membantu..

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum..nama saya iskandar..saya ada mesin basuh model samsung 7kg automatik yang sama seperti diatas..masalah saya hadapi adalah dalam situasi rinse air tak boleh keluar. wash dengan spin ok..saya check valve rinse berfunsi tetapi mungkin motor yang menarik valve rinse tu bermasalah...adakah motor tu atau selenoid valve rinse tu bermasalah..dan berapa kos membaikinya ..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. jika tak boleh rinse ada dua kemungkinan: sama ada problem dekat drain motor atau pcb board yang problem

      Delete
  27. Salam tuan..valve mesin basuh LG boleh dibeli kat mana ya ? Area KL ad x ?

    ReplyDelete
  28. Nak tye, mesin basuh jenis samsung. X bleh nak on power, tp ad kluar nombor & brkelip-kelip.. Lain2 button pn not function.. Mslah pcb board jgk ke?

    ReplyDelete
  29. Nak tye, mesin basuh jenis samsung. X bleh nak on power, tp ad kluar nombor & brkelip-kelip.. Lain2 button pn not function.. Mslah pcb board jgk ke?

    ReplyDelete
  30. Assalam tuan,sy da tukar water inlet valve,tp air pulak x cut,air still kluar,wlaupon air da pnuh.. mesin bsuh sy jnis samsung,. Sebab apa ye tuan..

    ReplyDelete
  31. Sy guna Samsung 7.5 kg..bila on plug dia terus spin dan controler xfuncition..lepas tu ada bau hangit...boleh bg pencerahan sikit

    ReplyDelete
  32. Mesin basuh saya midel ni, boleh in tp air x masuk, saya tetpaksa manualkan dengan remove injap pada water inlet.. saya dah try tukar injap air masuk tu tp still sama.. apa masalah mesin ni?

    ReplyDelete
  33. Saya Zambri Mat .. salam tuan, Mesen basuh saya jenama panasonic NA-F-90X5 tiada berfungsi. Sudah check fius ok. TK

    ReplyDelete
  34. Salam...mesin basuh sy sjibik mcm ni..tp xon pon,air masuk tanpa henti...mslh ape ye...

    ReplyDelete
  35. Salam buat saudara. Mesin basuh Samsung saya model WA95V3. power ada..lampu menyala tapi x boleh nak start. Dah periksa bhg rinse valve tp x ada objek yg sangkut. Lid switch pun ok. Suspect PCB rosak. Ada jual second hand x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. ya....PCB board rosak. maaf, saya tak ada jual board second. Tn boleh beli di Samsung Service Centre

      Delete
  36. As Salam.... mesin basuh saya jenis LG. Bila on, main switch akan selalu terpelantik. Bila dah lama ok balik pastu bila guna dlm seminggu power trip semula. Kenapa ya? terima kasih

    ReplyDelete
  37. assalam, mesin basuh sharp 8kg, problem tak boleh wash..spin ok..masuk air n kain tak boleh pusing..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. kena check water level sensor, board atau tubing

      Delete
  38. Salam.. mesin basuh saya sebijik mcm ni.. masalahnya bila masuk air, air keluar balik... jd x penuh langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. ada barang sangkut di bahagian bawah hose tempat keluar air

      Delete
  39. mesin basuh toshiba 6.5kg tak boleh on jugak.kadang2 boley on bila goyang wayar elektrik kat blakang tu.pcb rosak jugak kah?water inlet valve perlu tukar sekali dgn pcb kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada wayar di board yang longgar. tuan kena buka di bahagian board dan check wayar di situ

      Delete
  40. Assalamualaikum
    mesin basuh saya ada masaalah tak boleh start..on semua boleh..bila tekan start tiada apa2 tindak balas. bila saya cek board ada macam terbakar kecil di tepi butang start itu...boleh repair atau saya kena beli baru board itu..jenama samsung WA95W9. berat 7.5kg. pakai dalam 4 tahun.Terima kasih admin

    ReplyDelete
  41. Mesin basuh jenis singer..tekan on pd pcb ad bunyi "urmmmmm"..motor brpusing sngt slow...try spin ap semua xboleh..ap mslah ye??tq

    ReplyDelete
  42. Mesin basuh sy jenis ni jga..x boleh spin dan kkdang x boleh on bila cuaca sejuk..boleh tau ape puncanya dan cara baiki?

    ReplyDelete
  43. Mesin basuh sy jenis ni jga..x boleh spin dan kkdang x boleh on bila cuaca sejuk..boleh tau ape puncanya dan cara baiki?

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum..saya nk tnya knpa mesin basuh samsung saya bila on kan pas tu tekan switch air masok meleleh je..kebiasaannya air laju je masok..mohon pencerahan

    ReplyDelete
  45. mesin basuh saya jenis Panasonic ,,bila on powerada bunyi tapi board takde apa2 bacaan..5 minit lepas tu keluar nombor kod H09..
    maksudnya rosak apa?

    ReplyDelete
  46. Salam tuan sy hamdan..machine basuh sy brand smsung model WA10F5S5 10.5kg
    Problem washer machine sya motor dia xder tork untuk start jalan..untuk basuh ngn spin..sya pusing pakai tngan pon motor bru jlan tpi lemah

    ReplyDelete
  47. Salam tuan... sy ekin.. nk tnye knp bila sy tekan button on bleh tp dekat button laen x bleh...xde kluar error ... mesin basuh model wa85f5s3 8.5 kg...

    ReplyDelete
  48. Haah same ekin..tp sy pnya 7kg je..tekan button on menyala tp ble nk takn button water or yg len2 x bole..mohon bantuan tuan...pakai x smpai 2 tahun..cuci baju pn seminggu 2 or 3x je..sbb berdua kat ruma

    ReplyDelete
  49. Salam.
    Ada 1 mesin basuh samsung diamond drum.
    Air tak masuk dah tukar water inlet lps tu kluar kat skrin 1E . Cuba tukar water sensor still sama kluar 1E.. boleh bantu

    ReplyDelete
  50. Salam.
    Ada 1 mesin basuh samsung diamond drum.
    Air tak masuk dah tukar water inlet lps tu kluar kat skrin 1E . Cuba tukar water sensor still sama kluar 1E.. boleh bantu

    ReplyDelete
  51. As Salam
    sy emy. nak tanya sket, mesin basuh sy jenama sharp, tiba-tiba x boleh nak on.3 hari sebelum xboleh on tu elok je boleh guna, x ada bunyi pelik2 ke apa pun..agak2 kenapa ya? Terima Kasih..

    ReplyDelete
  52. assalam mesin basu saya semi auto 6kg piring x bergerak tahu x apa masalahnye dan anggaran repair berapa rm ye/. please reply

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum en rosman,
    mesin basuh saya sama seperti gambar tertera diatas..dah 5 tahun pakai.tp ade masalah air bocor entah dri mana..sudah check host yg keluar air tu tp takde sumbat pun..

    mati akal dah ni..mesin cun je takde masalah..tp air je leaking kt bawah

    ReplyDelete
  54. Salam.....maesin basuh saya jenamA samsung 7.0 kg tiba2 xblh on plak...bru setahun je pakai.. Saya tengah basuh pakaian...tba2 off sendiri n x blh on plak..??kenpe ye.....

    ReplyDelete
  55. Salam...icebox sya rosak x sejuk,dh call samsung technician,dorg dtg n info pcb board rosak...yg sya musykil,klo pcb board rosak,sepatutnya icebox sya xdpt on kn?ni ok je on juz x sejuk ats bawah,bunyi kipas ada tpi x sejuk jga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. compressor tak jalan menyebabkan peti sejuk tak sejuk. check relay di bahagian pcb board

      Delete
  56. Salam tuan, masalah mesin basuh saya model WA91F3 samsung 7kg boleh basuh tapi bila sampai masa nak spin dia goncang kuat dan reset semula ke 13 minit terakhir untuk ulang spin. Tolong tuan apa masalahnya

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum tuan.. Mesin basuh samsung bole wash n rinse tp bila spin xboleh. Air dh drain.. Boleh bantu terima kasih

    ReplyDelete
  58. as salam tuan,
    Saya ada mesin basuh jenama lama panasonic NAF70X5 AQUABEAT dah tak berfungsi.Tanya yg repair mesin tu board PCB dia rosak..Boleh ke dapat sparepart board ni.Mcamana nak dapatkan

    ReplyDelete
  59. Dan kenapa kita ON mesin tu dia keluar sensor error.masalah ape?tmksh

    ReplyDelete
  60. Assalam tuan...
    Mcmmana nak tahu water inlet valve samsung rosak atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. check guna multimeter. set pada bahagian ohm. kalau meter naik, water inlet tu berfungsi dengan baik

      Delete
  61. Huhuhu....mcm sama kes je...tp..xpe la..nasib beli dr thn 2009 lg..dh 8 thn guna..x jd ler nk hntr repair..beli baru je la jwbnya..huhu..tq info..

    Bole tlg suggest mesin apa yg berbaloi nk beli??model n brand...

    ReplyDelete
  62. Sy guna mesin basuh jenama Sharp...baru 3 bln tapi dah mula meragam, xnk spin. tgh2 masukkan air stop tiba2...

    ReplyDelete
  63. pensonic pwa 655a tiada power

    ReplyDelete
  64. Salam .nk tanya mesin basuh samsung 10kg ada masalah "1E" dekat bord ,boleh tau kenapa ?

    ReplyDelete
  65. Mesin basuh sy samsung 7kg fully automatik WA91U3 sama seperti ni..Masalahnya dulu langsung x boleh on.. bila periksa masalah pcb cair..dan saya telah ganti dengan yg baru tetapi saya tidak menganti baru water inlet valve kerana masih dalam keadaan baik..lebih kurang 3 tahun baru saya hadapi masalah air paip x dapat masuk bila mula mencuci..Adakah ini berpunca dari water Inlet valve? atau PCB perlu diganti baru?atau kedua2nya..apa yang saya tau ada lampu yang tidak mnyala juga pada pcb saya.apa yang menyebabkan pcb saya tu ada masalah dan saya mengunakan pcb baru tidak sampai 3 tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya bila tukar PCB baru kena tukar water inlet sekali. Jika tidak tukar water inlet, bila rosak water inlet dia akan tangkap board

      Delete
  66. Mesin basuh saya jenama WA10U3 masalah dihadapi tidak boleh Spin utk kering agak2 tuan apa rosaknya...

    ReplyDelete
  67. slm...camana cara nak pastikan PCB itu betul2 rosak.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. blh tengok bahagian silicon di pcb dah cair atau ada komponen yang terbakar

      Delete
  68. bang... mesen basuh keluar code 4e..kene lak esok nak raya

    ReplyDelete
  69. sme probz..bru je jd..owner suruh repair sndr..nasiblah bila dok mnyewa ni...hmmm.ni 2016 xtaw brapa lak cas servis skali spare part tu..

    ReplyDelete
  70. Assalamualaikum...
    Masalah mesin basuh Samsung wa10f5s5 otomatik kejap hidup kejap mati.selang beberapa minit jadi lagi. Valve elok.

    ReplyDelete
  71. Salam admin,

    Mohon pertanyaan, sy punya mesin basuh LG 7kg boleh wash dan rinse tapi tak boleh spin dan air tak boleh keluar. terima kasih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. drain pump rosak atau ada benda sangkut di bahagian hose bawah

      Delete
  72. Aslm admin..Mesin basuh sy jenama Samsung..mslhnya air xmsuk.bila cek elektrik kt valve 2-2 cabel ada elektrik..adakah Pcb rosak..klu rosak kt mane blh cr spare Pcb model Samsung WA95V3. Tksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. klu ada current bermakna bahagian motor dah rosak. perlu tukar motor baru

      Delete
  73. Tumpang lalu tuan tanah..sy ada buat perkhidmatan baiki pcb board mesin basuh,buat di rumah je part time..lokasi kota bharu ,boleh whatsapp sy jika yg berdekatan 0199413680 kimi

    ReplyDelete
  74. Salam tuan..
    Mesin basuh saya samsung 7.5kg fully automatic, bila mood wash ok.. Tapi spin bila, tak berpusing dan ada bau getah terbakar.. Mohon penyelesaian tuan..

    ReplyDelete
  75. Salam tuan
    Mesin basuh sy samsung 7kg diamond drum auto,bila tgh basuh tu mesin tiba2 off...berhenti sendiri...ape problem yer tuan??

    ReplyDelete
  76. assalamualaikum ...mesin basuh saya SHARP 14KG...button on berfungsi dan ada power...button START tak berfungsi dan sebaris button start ada 2 3 button juga tk berfungsi...adakah masalah wiring di PCB board?mahalkah kosnya?boleh kah saya baiki sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pon hadapi mslh ni. Sharpnjugak. Admin x bls pun

      Delete
  77. wsalam. kena check drain pump atau pcb board. bau hangit datang dari pcb board

    ReplyDelete
  78. Salam tuan.. Mesin basuh sy 7kg diamond drum boleh hidup kejap² je.. Dlm seminit lepas tu dia off sndiri.. Biarkan sekejap baru boleh on semula.. Knp ye tuan? Baru pki 2 tahun lebih..

    ReplyDelete
  79. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  80. assalamualaikum tuan.. mesin basuh sy xboleh drain.. dh anta repair kena rm45 cuma service shj katanya semua ok xde rosak apa2. air blh drain dgn baik tp slps 2mgu rosak lg.. xboleh drain.. board area on button terasa panas sket tp xde bau hangit.. mesin samsung 6.8kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. check balik drain pump atau ada benda sangkut di bahagian pam

      Delete
  81. salam tuan. Mesin basuh saya bila masuk aje air dalam drum pastu terus air keluar tak boleh bertakung.kenape yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.ada benda sangkut di bahagian saluran air keluar

      Delete
  82. salam tuan, mcm mana nak tahu PCB board ok atau tidak. sy dh beli PCB board baru tapi bila pasang tak dpt on.. check dgn test pen mmg ada current.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. blh check ada supply keluar tak ke bhg water inlet?

      Delete
  83. salam tuan...mesin basuh sy brand haier. bila on kluar err code c6. lps tu dia automatik spin..apa masalah ni tn..

    ReplyDelete
  84. Assalamualaikum tuan. Saya ad benda nak tnya .. Mesin basuh sy jenama samsung fully auto 7.5kg tiba2 dia x boleh berpusing, air x keluar & ad bau asap. Apa mslh dia ya?

    ReplyDelete
  85. Asslm.. klu mesin basuh samsunb 7kg power ada.. blh on. Tp tekan button start xdee pe2 yg brlku. Pcb jgk ke rosak.

    ReplyDelete
  86. Salam tuan...sy gne mesen basuh singer...time cuci ok...msuk je part rinse n spin die error..n board keluar E2(n air xmasuk)....sy dh check cabel semua ok...ap yang sy perlu tukar ya

    ReplyDelete
  87. salam tuan
    sy guna mesin basuh Hitachi... bru setahun lebi.. skg x bole nak on langsung.. apa agaknya msalah ye? tq in advance

    ReplyDelete
  88. Salam tuan, sy baru beli pcb n water inlet samsung sbb dua2 dh rosak ..selepas pasang pcb berfungsi elok cuma water inlet still xnak masuk air..
    nak kena check apa ye nak bg valve berfungsi? Dah 2 kali beli still xbfungsi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. check guna multimeter ada tk supply msk ke water inlet

      Delete
  89. Samsung WA91U3 tak boleh nak wash. Tp spin dan rinse ok je. Bila nak wash kluar error 1E lepas tu terus stop..

    ReplyDelete
  90. Assalamualaikum tuan Rosman
    Mesin basuh saya masalahnya begini, bila on dia boleh start, timbang, keluar air, tp x berapa saat air tu stop. Apa masalahnya tuan?

    ReplyDelete
  91. Saudar klu misin basuh samsung7kg tiba" off apa masalah dia. .

    ReplyDelete
  92. Barapa harga pcb 278a?

    ReplyDelete
  93. Tumpang bertanya, mesin bsuh Samsung WA70H4000SG. Tengah running, tiba2 off sndiri. Bila tutup suis dan biar skejap,on suis plug smula, mesin sambung running tp slepas tu jd smula. Berkali2. Soalan sy, sy perlu tukar pcb board shj atau tukar water inlet valve skali? Trima kasih.

    ReplyDelete
  94. Salam tuan..
    Mesin basuh saya jenama LG fully auto. Baru guna 4 tahun .masalah sekrang power x blh on. Sya sudah check fius plug dan wayer semua ok.
    Blh ke sapa² tlg bantu saya. Kes ni baru kena mggu lps.

    ReplyDelete
  95. salam tuan
    mesin bsuh sy jname smsung..dah tuka wter inlet valve pon msih xbole msuk air..adakah kne tuka pcb board??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.kemungkinan board tak boleh bagi supply ke water inlet valve. kena tukar board.

      Delete
  96. Slm.. Msinbasuh sya kluar kod 4E...samsungwobble 15kg...spin ok je.. Pam pn dh tukar pun msih x cuci.. Poning nih..

    ReplyDelete
  97. salam tuan..saya guna mesin basuh samsung 7kg.masalahnye bila on hidup.bila tekan start water level terus kpd large lepas itu air masuk seperti biasa.tapi bila nak wash dia tak berputar.saya cuba tukarkan terus kepada spin,bila tekan start mesin tak mahu buang air dan berputar spin.apa masalahnye ye tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.memori dalam board dah lost. kena tukar board

      Delete
  98. Salam tuan Rosman.sy gn mesin basu jenis toshiba 7.2kg.masalahnya mesin basuh sy bila on lampu blinking lepas tu terus of.mohon beri penjelasan tuan..

    ReplyDelete
  99. Assalamualaiku... saya nak tanye... knapa mesin basuh sy x nyala lasung api... bile buka jew suis... xde kluor api on ...

    ReplyDelete
  100. Assalamualaikum.. mesin basuh auto sy jenis samsung 6.5kg.. mesin ttba x dpt On

    ReplyDelete
  101. Slam tuan, klu nak tkar board toshiba AW-A750SM kene tukar skali ngan water inlet valve x??

    ReplyDelete
  102. salam tuna..nk tny mesin basuh samsung 7kg sy kjap blh on n basuh spruh je.. pastu mati sndr..pastu kene on balik smbung basuh..klu tinggal mmg xsiap le jwbnye..blh tau agak2 pe mslhnye?

    ReplyDelete
  103. salam encikk..sy nk tanye mesin basuh sy..xleh nk kering..basuh dan bilas ok..part nk spin terus bunyi dan nombor diboard terbalik..disebabkn ayah saya basuh terlalu bnyk,sampai mesin jadi xboleh nak spin..kerosakan ape ye pada mesin sy?

    ReplyDelete
  104. Assalammualaikum tuan Rosman, mesin bsuh sy jname haier hmw60-m1600ht fully auto.. Masalah mesin sy ni..bila sy on pcb nyala sperti biasa..setting semua ok..bila smpai msin running..xsmpai beberapa mnit trus cut off/padam.. Bila nk on blik xidup..check fius semua ok..bila sy biar lme skit.. On blik idup mcm biasa..tp still jd benda yg sama berulang.. Mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  105. Selamat tuan..masalah mesin basuh saya ialah..sebelum tukar pcb board air masuk ke mesin ok tp air tdk berhenti selepas sampai high..selepas tukar pcb board samsung WA12V5 10KG..air tdk masuk..apa masalah mesin saya..TQ

    ReplyDelete
  106. Assalamualaikum tuan..nak minta bantuan masin basuh sy jenama lg fuzzi yg lama punya 5.5kg..xboleh on..bile sy bkak bhgian fiuz ase power tpi xboleh on sebab ape n puncanye...

    ReplyDelete
  107. Mesin samsung inverter boleh on tapi tak boleh wash

    ReplyDelete
  108. Salam..mesin basuh saya panasonic 11 kg..xboleh nk on...lama da guna..7.. 8 tahun da guna..rasanya ape ye prob dia..

    ReplyDelete